“Ikutkan Hati, Saya Nak Lari Sebelum Majlis”

Posted on

Semalam pasangan pengantin baru Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa tampil membuka mulut mengenai rakaman pernikahannya yang viral hingga mengundang perlbagai caci maki netizen.

Ardell Aryana Takut Keluar Rumah Kerana Diketawakan

“Saya minta maaf atas video yang tular sehinggakan ada pihak mengatakan saya cacat, timbul video parodi dan parkinson. Walaupun kami berdua pelakon namun detik istimewa suami lafaz akad membuatkan kehidupan saya saat itu berubah”

“Saya menghidap anxiety dan tekak yang sangat teruk, saya tidak boleh dikelilingi oleh orang ramai. Ketika itu semua perasaan timbul, nak marah pun ada. Kalau ikutkan hati saya mahu lari sebelum majlis”

Kongsi Ardell lagi, beliau turut tertekan dengan kecaman netizen sehinggakan takut untuk keluar dari rumah kerana pernah mengalami pengalaman yang menakutkan apabila sekumpulan individu merakam dan ketawa melihat mereka.

“Saya memang tak mahu berkahwin kerana diserang panik. Itu yang sering terjadi. Sampaikan ada yang menyentuh isu malam pertama dan itu membuatkan saya bertambah tertekan. Setelah bernikah saya takut untuk keluar rumah”

“Pernah terjadi saya dan suami keluar untuk makan di Shah Alam, ada sekumpulan individu yang merakam gerak-geri kami dan ketawa besar,” jelasnya kepada Media Hiburan menerusi temubual.

Carian Ke Post Ini:

  • Keluar makan dengan suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.