Indonesia Anggarkan Hampir 700,000 Rakyatnya Berisiko Dijangkiti COVID-19

Posted on

KERAJAAN Indonesia menganggarkan seramai hampir 700,000 orang berisiko untuk menghidapi jangkitan COVID-19.

Jurucakap kerajaan indonesia bagi COVID-19, Achmad Yurianto berkata, kerajaan bersedia membekalkan sebanyak 1 juta kit rapid test untuk pengesanan kes positif COVID-19.

“Data statistik yang kita miliki, jumlah orang yang berisiko adalah sekitar 600,000 ke 700,000.

“Oleh itu, kerajaan menyediakan sekitar 1 juta unit kit tersebut untuk pemeriksaan pengesanan kes positif COVID-19 dalam kalangan masyarakat,” katanya di Graha Badan Nasional Penanggulangan Bencana, hari ini.

Dalam pada itu, tambahnya lagi, sebanyak 2,000 kit rapid test sudah diterima setakat hari ini.

“Hari ini juga kita sudah terima, tinggal dihantar (ke pemeriksaan lanjut). Harapnya esok 2,000 dan sekitar 100,000 pada hari berikutnya. Screening kami siapkan secepatnya,” jelasnya.

Jurucakap Kerajaan Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto. Gambar: Media Indonesia

Selain itu, Yuri menjelaskan, ujian rapid test COVID-19 itu hanya mengambil masa selama dua minit sahaja bagi setiap orang dan ia mempunyai kadar sensitiviti berbeza.

Bagaimanapun, ujian tersebut tidak dijalankan kepada semua.

“Analisis risiko akan dilakukan, jika seseorang itu risikonya rendah, maka dia tidak akan diuji. Yang berisiko adalah orang yang ada kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

“Apabila seseorang itu disahkan positif, kami akan menjejaki lokasi dia 14 hari sebelum itu. Jika pesakit di rumah, seluruh rumah akan diperiksa. Apabila dia pernah melakukan sebarang aktiviti di pejabat, seluruh ruang kerja itu turut akan diperiksa,” katanya lagi.

Sumber: Rakyat Merdeka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.