Info Banjir Kuala Krai

Info Banjir Kuala Krai : Kuala Krai pula naik air

Posted on

Kuala Krai menjadi daerah kedua di Kelantan selepas Jeli yang dilanda banjir gelombang kedua, susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka mulai jam 2.30 petang hari ini, yang menempatkan 108 mangsa.

Difahamkan, beberapa kampung di daerah itu dinaiki air termasuk Kampung Chuchuh Puteri, Kampung Mengkebang dan perkampungan Lata Berangin.

Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS yang dibuka adalah Masjid Chuchuh Puteri, Madrasah Chuchuh Puteri A dan Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A.

Secara keseluruhan, seramai 809 mangsa daripada 222 keluarga dipindahkan di 10 PPS di Kelantan setakat 3.30 petang.

Terkini…Chatel dalam. Nak menuju ke istana sangkut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.