Gara-gara memuat naik gambar bersama anak perempuannya di Twitter, tweet Peguam Azhar Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jadi usikan dan gurauan pengguna media sosial. Tweet tersebut telah mendapat 104 retweets dan 709 likes. Foto tersebut baru sahaja dimuatnaik di akaun twitter peribadinya pada Rabu yang lalu iaitu 20 Februari.
Foto yang dimuatnaik di akaun twitternya dengan caption, ” A belated birthday lunch with my baby. She will always be a baby. Happy Birthday ! Stay awesome” mencuri perhatian kebanyakan netizen dan warganet di twitter.
Netizen kebanyakannya terpegun dan tertarik dengan kecantikan dan keayuan rupa paras anak Pengerusi SPR itu.
USIKAN NAKAL DAN MENGHIBURKAN NETIZEN
Ada dalam kalangan netizen mengusik dan bergurau. Kebanyakan mereka terkejut dan terpegun dengan anak perempuannya yang dilihat sangat menarik penampilannya. Antara tweet yang dihantar netizen adalah “Assalam abah…kalau abah jadi Pengerusi Pilihanraya, izinkan saya jadi pengerusi pilihan hati anak abah…” . Hantaran retweet tersebut telah mendapat 60 likes . Ada juga komen daripada netizen yang berbunyi “salam..abah, macamana nak jadi calon?”
Pun begitu, tidak kurang hebatnya yang memuji Azhar Harun dengan mengatakan bahawa dia tidak seperti ayah kepada gadis tersebut kerana dia dilihat awet muda dan masih segak meskipun sudah berumur 57 tahun. Antara foto-foto komen daripada netizen adalah seperti berikut;
ADA KALANGAN NETIZEN YANG MEMBERI RESPONS NEGATIF
Selain daripada pujian dan usikan netizen terhadap anaknya itu, ada juga yang mengecam dan mengkritik. Hal ini disebabkan oleh sesetengah netizen yang menganggap penampilan dan pemakaian anak perempuannya itu agak keterlaluan dan menjolok mata disamping di luar batas budaya sebagai orang timur.
Ini dibuktikan dengan beberapa foto dan gambar yang dimuatnaik di akaun facebook dan instagram anak gadisnya itu yang dikecam dan dikritik para netizen dan warganet. Ada kalangan netizen yang terkejut dan terkesima dengan cara penampilan anaknya itu . Antaranya adalah seperti foto berikut;
SIAPA ART HARUN?
Pasti ada yang belum mengenali siapa Azhar Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun adalah seorang peguam cara dan peguam bela yang tidak kurang hebatnya. Beliau sebelum ini memulakan kerjaya guaman pada 1987 di Allen & Gledhill dan bermula pada 1992, Azhar berkhidmat sebagai peguam di Tetuan KH Koh, Azhar & Koh seterusnya berkhidmat di beberapa firma guaman terkemuka tanah air dengan kepakaran undang-undang pilihan raya.
Kemudiannya, ketika era pemerintahan Kerajaan Baru Pakatan Harapan, beliau dilantik sebagai Pengerusi SPR yang baru bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR pada 1 Julai 2018.
Bahkan ramai yang menganggap pemilihannya sebagai Pengerusi SPR sangat tepat memandangkan pencapaian dan kemahirannya yang luar biasa sebelum ini disamping salah seorang peguam yang pakar dalam perundangan pilihanraya.