Pada Januari 2019, pelakon cantik Bella Dally telah selamat melangsungkan pertunangannya dengan jejaka pilihat hati yang dikenali sebagai Mohd Ariff. Pertunangan yang berlangsung di Kota Kinabalu itu hanya dimaklumkan oleh Bella menerusi Instagramnya selepas beberapa hari sah bergelar tunangan orang.
Umum sedia maklum bahawa sebelum ini pelakon wanita itu pernah berkahwin dengan aktor kacak NazimOthman selepas beberapa tahun bercinta. Namun rumah tangga mereka menemui noktah apabila bercerai pada Mei tahun lalu.
Selamat bernikah…
Sebentar tadi, Bella Dally atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally telah sah menjadi isteri kepada Mohd Ariff apabila memilih tarikh 31 Mac 2019 untuk disatukan. Anggun berbusana putih sedondon, Ariff dan Bella kelihatan sangat sepadan.
Jom Lihat Video Dibawah :
Foto Foto Disekitar Majlis :
Cantik Dan Hensem
Doa yang baik baik sahaja
Cantiknyaa baju!
Sahabat baik kepada pelakon itu iaitu Elfira Loy turut memuat naik gambar Bella sebelum melangsungkan pernikahan. Dia memaklumkan bahawa artis kelahiran Sabah itu akan menukar status sebagai isteri pada hari ini di Instagramnya.
Tahniah !
Menerusi Instagram Elfira, rata-rata netizen telah mengucapkan thaniah kepada Bella Dally dan suaminya. Mereka turut mendoakan agar perkahwinan Bella pada kali ini berkekalan hingga ke Jannah. Selamat pengantin bahru Bella dan suami!
Congrats
Semoga kebahagian milik Bella dan suami…
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja .
Sumber : OMM