Seperti sudah dijangka peserta kegemaran ramai, Han Byul, diumumkan sebagai juara Big Stage 2019. Bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan peserta dari Korea itu.
Malah, ramai yang mempertikaikan mengapa orang luar boleh memenangi pertandingan tersebut dan sepatutnya kemenangan diberikan kepada penyanyi dari Malaysia. Tidak kurang juga, ada yang menyindir pihak penyiar kerana memberikan kejuaran kepada orang orang luar.
Namun ada yang mempertahankan juara Big Stage musim kedua itu dengan mengatakan Han Byul sememangnya layak menang kerana kerja kerasnya dan konsisten setiap minggu.
Kata mereka lagi, Datuk Seri Nurhaliza pun turut memuji Han Byul tetapi netizen sahaja yang melebih dan tidak puas hati.
Dalam pada itu, netizen turut memberikan contoh kita berasa bangsa apabila Yuna dan Shila Amzah mencipta nama di luar negara, tetapi apabila orang luar menang di Malaysia kita mudah melenting.
Sudah tertulis rezeki berpihak pada Han Byul dan siapa kita untuk mempersoalkan rezeki seseorang. Apa pun kesemua peserta Big Stage 2019 sememangnya berbakat besar dan melalui pertandingan ini dapat membuka buku baru untuk lebih mencipta nama.