Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi keluarga pemandu lori, Mohamad Suhaimi Khamis, 38 yang maut dalam insiden kemalangan tiga lori, Sabtu lalu.
Najib tiba di rumah ibu saudara, Khatijah Abdul Kasim, 36 (isteri allahyarham) di Kampung Kenangan di sini kira-kira jam 4.30 dan meluangkan masa hampir satu jam.
Dalam pada itu, Najib turut memuat naik status di Facebook beliau meluahkan rasa simpati dan mendoakan keluarga Allahyarham tabah.
” Suasana sedih dan pilu tadi di rumah Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis, mangsa kemalangan lori tangki minyak di Slim River baru-baru ini.
” Takziah dan semoga ahli keluarga kekal tabah.
” Al-Fatihah..” tulis Najib
Status tersebut telah menarik perhatian netizen apabila mendapat 23k like dan lebih 900 komen, rata-rata turut mendoakan Allahyarham.
Selain itu, tindakan Najib menyentuh kepala anak Allahyarham juga mendapat pujian ramai. Selain merasa sebak, perasaan terharu dan tersentuh dengan layanan mesra Najib yang melakukan sesuatu yang dianjurkan Islam
” Allahuakhbar ,bossku sebenarnya dengan menyetuh kepala seorang anak yatim ,adalah perkara yg dianjurkan selain bersedekah kepadanya, Ya Allah berikan kesehatan dan keberkatan kepada pemimpin kami”, komen netizen bernama Soiki
” Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Bertabah lah hadapi dugaan Allah. Tkasih dan tahniah DSN menziarah dan menyantuni keluarga Allahyarham. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan syuhada dan mereka yang diredhai Allah. Aamiin”, komen seorang netizen
Najib juga sempat menunaikan solat Asar berjemaah di rumah itu dan menikmati minum petang sebelum berangkat ke Semenyih.
Ini kata-kata Najib terhadap ahli keluarga
Najib ketika ditemui menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas kehilangan insan tersayang yang menjadi ketua keluarga menyara nafkah.
” Saya datang untuk beri sokongan dan harap sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan jiwa kepada keluarga yang sedang menghadapi ujian berat ini.
” Ada beberapa perkara yang boleh dibantu untuk meringankan beban keluarga terutamanya berkenaan hal tuntutan insurans dan Perkeso yang boleh dipermudahkan urusannya.
” Insya-ALLAH kita juga tengok keperluan dari segi bantuan persekolahan anak-anak,” katanya
Imbas kembali bagaimana kejadian itu berlaku
Dalam kejadian yang berlaku 3 hari lalu, Mohamad Suhaimi Khamis ma ut terbakar dalam satu kema langan membabitkan tiga lori di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini pagi tadi.
Lebih menyayatkan hati, terdapat rakaman video tular dalam media sosial menunjukkan mangsa yang belum dikenal pasti identiti, berlari sebelum terbaring di tengah lebuhraya dalam keadaan terbakar.
Menurut pihak polis, siasatan awal di tempat kejadian mendapati berlakunya kema langan ma ut melibatkan tiga lori yang mengakibatkan dua daripadanya terbakar.
” Pemandu lori pertama, Mohamad Jurid Bakar berusia 45 tahun yang memandu dari arah selatan menuju ke utara memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan kerana brek angin mengalami masalah.
” Pemandu lori kedua Kamarul Azwar Abu Bakar berumur 34 tahun turut berhenti di lorong kecemasan untuk membantu pemandu lori pertama. Selesai membantu dia kembali ke kenderaannya untuk meneruskan perjalanan,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Bagaimanapun, sebuah lori tangki muatan minyak diesel dari lorong tengah dilihat menghampiri ke arahnya kemudiannya terlanggar belakang lori kedua, seterusnya menyebabkan lori kedua melanggar belakang lori pertama.
” Lori muatan diesel kemudiannya terbakar dan merebak ke lori kedua, manakala lori pertama pula terselamat kerana berada di hadapan.
” Seorang mangsa dipercayai pemandu lori minyak diesel ma ut di tempat kejadian setelah terbakar, manakala dua lagi pemandu lori lain berusia 34 dan 45 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: sinarharian, FB Najib & Newsviral