Bila disebut namanya, pasti ramai yang tidak begitu mengenali siapa sebenarnya bapa artis ini. Walaupun menyedari mereka anak kepada pemimpin negara mahupun yang bergelar Datuk, namun mereka tetap dengan sifat yang selalu merendah diri.
Jom kita lihat siapa di kalangan artis Malaysia yang jarang dedahkan perihal keluarga tapi sebenarnya mereka dari keluarga yang berada.
1. Najwa Mahiaddin
Najwa Mahiaddin lebih senang dikenali sebagai artis biasa yang bermula daripada bawah dan tidak mahu menggunakan nama bapanya semata-mata untuk meraih publisiti dalam kariernya, kerana itulah dia menggunakan nama Najwa Mahiaddin, bukan Najwa Muhyiddin. Najwa sebenarnya anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
2. Dafi Datuk Seri Ismail Sabri
Menjadi anak menteri memang beruntung tapi penyanyi Dafi Datuk Seri Ismail Sabri lebih senang berdikari tanpa mengharapkan bantuan bapanya.
Dafi bekas peserta Akademi Fantasia (AF)- membuka perniagaan baru House of Paradox yang membiak dan menjual kucing di Petaling Jaya. Anak kedua Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada empat beradik, menegaskan perniagaan itu dibangunkan daripada hasil titik peluhnya.
3. Yuna Zarai
Yunalis binti Mat Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna merupakan penyanyi dan penulis lagu terkenal di Malaysia. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik sekaligus mengetengahkan muzik rock indie.
Yuna berasala dari Kedah dan bapanya, Dato’ Mat Zara’ai bin Alias adalah penasihat undang-undang semasa Mahkamah Tinggi di Johor Bahru dan ibunya adalah seorang guru kimia sekolah tinggi.
4. Ummi Nazeera
Ummi Nazeera Nur Hidayah bt. Zainal Abidin atau lebih dikenali menerusi nama secara komersialnya sebagai Ummi Nazeera adalah merupakan seorang pelakon wanita muda yang berbakat dan terkemuka di Malaysia. Bapanya dikenali sebagai Datuk Zainulabadin Mat Akhir.
5. Farid Kamil
Suami kepada Diana Danielle ini merupakan seorang pelakon, model, penulis lakonlayar dan pengarah filem di Malaysia.
Beliau merupakan antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara.
Farid Kamil berasal dari Kedah merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA iaitu Datuk Dr. Zahari Che dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah.
6. Dira Abu Zahar
Khaidhirah binti Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar, pelakon dan pengacara yang agak popular sebelum ini. Beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ishnin. Beliau telah membintangi beberapa buah filem seperti Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai.
Terbaru, Dira yang juga exco Puteri UMNO, menyelar Fathia Latiff dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO.
Dalam ucapannya Dira berkata, tidak perlu percaya pada dakyah yang dibawa oleh Fathia Latiff kerana pelakon tersebut tidak tahu apa-apa mengenai kerajaan.
7. Mizz Nina
Anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman memilih untuk bersara daripada industri muzik Malaysia dan mengambil keputusan untuk bertudung sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Kerjaya sebagai penyanyi bermula selepas beliau melancarkan album solo pertamanya, What You Waiting For. Beliau telah bekerjasama dengan 3 penyanyi antarabangsa seperti Theo Martins menerusi lagu “Let Me C U Get It”, Colby O’ Donis (“What You Waiting For”) dan penerima Anugerah Grammy, Planet Asia.
Kredit sumber : hangat