Insentif RM50 ePENJANA Untuk e-Dompet Boleh Ditebus Hari Ini

Posted on

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelancaran program RM750 juta kredit ePENJANA, iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Ia bertujuan untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

Menerusi program ini, setiap pemohon yang layak akan menerima kredit RM50 ePENJANA mulai 31 Julai 2020.

Dalam program ini juga, terdapat tiga penyedia perkhidmatan e-Dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif ini. Antaranya adalah Touch ‘n Go eWallet, Boost, dan GrabPay. Ia turut dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesanan kontak Covid-19 MySejahtera.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon kredit tersebut, pemohon perlu memuat turun salah satu dari tiga e-Dompet itu, serta memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. Pemohon layak menebus RM50 kredit ePENJANA daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet terpilih.

Selain itu, ia turut dipadankan dengan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai (cash back), baucar dan/atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen ini berlangsung iaitu dari 31 Julai hingga 24 September 2020. Sementara tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Sumber: Menteri Kewangan Malaysia

Join Telegram

Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan

Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.

Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.

Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.

Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.

Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.