Pelakon, Hannah Delisha tidak perlu diperkenalkan lagi apabila dia bukan sahaja memiliki rupa paras malah bakatnya dalam bidang yang diceburi tidak dinafikan sering mendapat perhatian peminat drama tempatan.
Perkara terbabit terbukti juga menerusi drama berjudul Cinta Sekali Lagi yang kini semakin membuatkan penonton ‘panas’ dengan watak Amani dibawakan oleh Hannah Delisha.
Drama terbabit yang boleh disaksikan menerusi Slot Akasia di TV3 pada setiap Isnin dan Jumaat juga memaparkan lakonan daripada Nelydia Senrose dan Saharul Ridzwan.
Biarpun begitu, disebabkan penangan watak Amani yang jahatnya bukan biasa-biasa membuatkan laman sosial pelakon ini ‘diserang’ penonton Cinta Sekali Lagi apabila rata-rata mereka memanggilkannya Amani.
Sehingga setiap perkongsian terbaharu Hannah Delisha juga menjadi tempat ‘luahan’ penonton yang emosi dengan Amani. Namun ia membuktikan juga bahawa lakonan Hannah Delisha dalam drama tersebut menjadi.
Ini kerana, ada juga yang meninggalkan kata-kata pujian dengan lakonannya itu dimana dia berhasil membawa watak jahat meskipun sering dilihat melakonkan watak baik.
“Syabas atas lakonan yang mantap, awak berjaya bawak watak jahat tu dengan cemerlang sampai tahap kita rasa nak terajang aje TV tu…”
“Menjadi berlakon sebagai Amani”
“Mana kembar awak si Amani tu? Kita nak tarik teliga dia jahat sangat”