Institusi Perbankan Beri Pilihan Tangguh Ansuran Pinjaman 3 Bulan Atau Pengurangan Ansuran Bulanan Selama 6 bulan

Posted on

Terkini, menerusi perbentangan Belanjawan 2021, kerajaan bersetuju supaya institusi perbankan memberi dua pilihan kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima BSH dan bakal penerima BPR dan kepada perusahaan mikro.

Peminjam di dalam kategori ini akan diberi pilihan iaitu:

Pilihan pertama: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan: atau

Pilihan kedua: Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.

Perkara tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di dalam Dewan Rakyat menerusi saiaran langsung Belanjawan 2021 bertemakan ”Teguh Kita Menang Bersama”,  sebentar tadi.

BACA: Kerajaan Umum Pemberian Komputer Riba Kepada 150, 000 Murid Di 500 Sekolah

Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyemprunakan dokumentasi.

Bagi peminjam golongan M40. proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman juga kaan dipermudahkan.

Peminjam hanya perlu mebuat pengisytiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan supaya mereka mendapat bantuan bayarna balik.

Sumber: Siaran Langsung Belanjawan 2021

BACA: BPR Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM 2,500, Terima Bantuan RM1,200 Hingga RM1,800

Join Telegram

Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual, Xiaomi Menghentikan Penjualan Mi 10 Pro 5G

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu pertama dari Xiaomi untuk tahun ini. Ia juga merupakan antara peranti termahal dari Xiaomi sebelum Mi 10 Ultra dilancarkan. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, kamera 108MP, menyokong pengecasan pantas dan boleh dikatakan adalah peranti mercu yang serba lengkap.

Sehingga bulan ini, peranti Mi 10 Pro 5G baru sahaja 8 bulan berada di pasaran. Terkini Xiaomi dilihat telah menamatkan penjualan peranti ini. Sumber menyemak laman web Xiaomi, kedai atas talian Tmall, Jingdong dan Youpin juga disenaraikan sudah kehabisan stok.

Ini mungkin kerana Xiaomi ingin memberi laluan kepada peranti baharu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada Disember dengan cip Snapdragon 875 pertama dunia dan dipasarkan secara terhad di China. Ia hanya akan dilancarkan semula atau mungkin dijual seperti biasa pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.