Nampaknya masih belum reda lagi kontroversi terpalit Intan Najuwa dan Zul Ariffin apabila foto mesra mereka tersebar di media sosial. Malah, tunang Intan iaitu Razrul Anwar Rulis enggan mengulas mengenai foto mesra berkenaan.
Lebih panas, apabila hasil pemerhatian mendapati Intan telah pun memadam beberapa keping fotonya bersama tunang di Instagram. Hanya satu gambar sahaja yang ditinggalkan dimana Intan memberitahu dia menyayangi tunangnya.
Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Intan dan tunangnya tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram.
Setakat ini, Intan masih lagi mengunci mulut dan tiada kenyataan lanjut daripada pihaknya berhubung foto berkenaan. Apa pun diharap hubungan mereka baik-baik sahaja, biasalah banyak dugaan semasa bertunang.