iPhone SE 2020: Spesifikasi RAM Dan Bateri

Posted on

Apple gemar berahsia mengenai saiz RAM dan kapasiti bateri yang digunakan pada setiap peranti mereka. Kerap kali ia hanya diketahui selepas peranti menjalani aplikasi ujian penanda aras dan dibuka oleh laman seperti iFixit. Sehari selepas pelancaran misteri mengenai RAM dan bateri iPhone SE generasi kedua akhirnya terjawab,

Menurut laporan 9to5Mac, iPhone paling mampu milik di pasaran ini dilengkapi 3GB RAM dan bateri pula sebesar 1821 mAh. Ini menjadikan iPhone SE generasi kedua ini mempunyai RAM yang lebih kecil berbanding iPhone 11, sama dengan iPhone XR tetapi lebih besar berbanding iPhone 8.

Kapasiti bateri pula adalah sama seperti iPhone 8 tetapi lebih kecil berbanding iPhone 11 dan iPhone XR. Dengan maklumat ini kami yakin pengguna boleh melakukan pemilihan lebih bijak sebelum membeli iPhone SE generasi kedua.

SUMBER : 9TO5MAC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.