Isteri Kepada Lelaki Mengamuk Akhirnya Buka Mulut. Beri Penjelasan Mengapa Suaminya Bertindak Begitu

Posted on

Video seorang lelaki mengamuk ketika berurusan di sebuah premis kerajaan tular di laman sosial, hari ini. Dalam video berdurasi 43 saat berkenaan, lelaki itu dengan nada suara tinggi menjelaskan dia berada di premis itu sejak 10 pagi. Bagaimanapun selepas empat jam menunggu nombor giliran dipanggil, dia diarahkan kembali semula ke premis kerana kekurangan kakitangan dan waktu rehat.

“Saya sudah lama datang. Jam 10.30 ambil nombor. You kena tambah orang. Bukan masalah saya. Saya bayar. Berapa kali saya nak ulang alik? Saya manusia bukan binatang,” kata lelaki itu yang nyata tidak berpuas hati.

Kedengaran juga seorang kakitangan perempuan membalas kenyataan lelaki itu: “Saya juga manusia”.

“Ya saya paham. Janganlah ulang-alik. Pergi-balik, pergi-balik. Sampai bila?,” balas lelaki itu.

Seorang pengguna Twitter, Hilmi Adi Ruzaini yang menularkan video itu berkata, petugas kaunter memberi alasan kekurangan kakitangan dan sudah masuk waktu rehat kepada lelaki itu, menyebabkan dia hilang sabar.

“Seorang rakyat Malaysia hilang sabar di sebuah pejabat kerajaan apabila dia menunggu dari 10 pagi hingga 2 petang dan ketika ke kaunter, pegawai meminta dia datang pada lain waktu kerana kekurangan kakitangan dan sudah masuk waktu rehat, ketika ada sangat ramai pegawai lain berjalan ke sana sini tanpa berbuat apa-apa,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu berlaku.

Kebanyakan ciapan netizen bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap lelaki berkenaan.

Antaranya Puteri Narina yang berkata, dia menyokong apa yang lelaki itu lakukan.

“Kalau dia mengamuk macam orang gila pun aku sokong. Kaunter pun kalau ada 10, dua sahaja yang buka. Lagi lapan itu elok jual apam balik ke buka pasar ke,” katanya.

Ada juga yang menasihati penjawat awam supaya menambah baik kualiti perkhidmatan dengan pelbagai cadangan.

“Lain kali pegawai kerajaan yang bijaksana ini dah boleh agak, jam berapa nak break (rehat), buat announcement (pengumuman) atau masa orang itu ambik nombor inform (beritahu) siap-siap, boleh datang esok ke, sebab hari ini bla bla bla. Sekurang-kurangnya kita beritahu, tak ada orang kasihan tunggu lama dengan tak makan,” tulis @nur_aieen

Menerusi halaman FB Arivom1000, akhirnya isteri kepada lelaki yang mengamuk di kaunter memberikan kenyataan mengapa suami nya bertindak sedemikian.

Pemilik akaun Sri Sutha Ramadoo yang menulis ringkas kenyataan tersebut mendapat pelbagai respon dan reaksi daripada netizen. Rata rata netizen menyokong kenyataan nya dan ada juga yang membantah nya. Bagi pendapat min, min harap perkara sebegini dapat diatasi dan diselesaikan dengan keadaan yang baik baik sahaja.

Kenyataan daripada Isteri lelaki yang mengamuk tersebut :

Dalam video itu ialah suami saya…orang beli lori dah 3bulan kita pun sudah jalan spad office 8 kali selalu ckp dcmt tak cukup, num habis, satu hari satu halasan…. kita pun ada banya kerja juga… beli lori bukan nak simpan kat store. bulan2 nak bayar bank loan

Jom Lihat Video Dibawah :

Sumber dari Sinar Harian & theklasik

1 comment

  1. Mmg patut dy marah kalau tggu berjam jam..saya pun pernah kena banyak kali tapi sabar je la.patut diperbaiki lagi kualiti kerja n quantiti kauter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.