Isteri Sahkan Radhi OAG Sudah Lafazkan Cerai Mac Lalu

Posted on

Tiada angin tiada ribut, isteri kepada vokalis OAG, Nur Shahira Ayu mendakwa Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali sudah pun melafazkan talak terhadapnya pada 25 Mac lalu.

Ayu juga mengakui bahawa mereka sudah lama tidak tinggal sebumbung, malah dia juga tidak mengetahui apa tujuan Radhi memuat naik gambar lama mereka berdua di media sosial.

Enggan mengulas lanjut mengenai konflik rumah tangga yang berlaku, Ayu berkata, dia masih lagi berhubung baik dengan Radhi demi anak-anak mereka.

“Radhi sudah melafazkan cerai terhadap saya pada 25 Mac lalu. Malah, lafaz cerai akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat.

“Jujurnya, saya tidak mahu membuka mulut mengenai status perkahwinan kami, namun ramai yang bertanya kerana Radhi banyak memuat naik gambar lama saya dan dirinya. Malah, ada juga yang keliru sama ada saya masih berhijab gara-gara gambar berkenaan.

“Kami juga sudah lama tidak tinggal sebumbung, namun masih berkomunikasi dengan baik demi anak-anak. Begitupun, biarlah punca perpisahan tidak dikongsikan kepada umum kerana ia bersifat terlalu peribadi,” katanya kepada BH Online.

Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

sumber : BN Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.