Isu Haji

Isu Haji: Zulkifli Adakan Pertemuan Dengan Kedutaan Arab Saudi Selasa Ini

Posted on

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan minggu hadapan bagi membincangkan mengenai perjalanan haji tahun ini.

Zulkifli berkata, beliau akan membuat kunjungan hormat itu pada 7 April bagi membincangkan situasi terkini isu haji dan berharap ia akan memberi manfaat kepada semua.

“Kita akan bincang apakah langkah yang terbaik dan dapatkan maklumat yang terkini dan terakhir berkenaan dengan isu ini, selepas itu barulah kami akan buat kenyataan,” katanya dalam program Jendela Fikir: Ujian & Hikmah COVID-19 yang siarkan menerusi Bernama Radio di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Muhammad Saleh Taher Banten yang telah meminta negara di seluruh dunia menunggu dahulu daripada membuat persediaan akhir mengerjakan haji tahun ini sehingga keadaan wabak COVID-19 pulih.

Dalam temu bual dengan TV al-Ikhbaria, Muhammad Saleh turut berkata wang akan dikembalikan kepada mereka yang sudah mendapat visa umrah, tetapi tidak dapat melaksanakannya disebabkan langkah berjaga-jaga yang sedang diambil kerajaan Arab Saudi.

Sementara itu, Zulkifli turut menasihatkan masyarakat supaya melakukan perkara-perkara yang bermanfaat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, umat Islam diseru memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan solat jemaah di rumah.

Dalam pada itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu sekali lagi menyeru jemaah yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling di sini supaya melakukan pemeriksaan kesihatan.

— BERNAMA

Honor 30 Disahkan Menggunakan Sensor 50MP Sony IMX700

Ramai yang menantikan pelancaran Honor 30 pada 15 April ini kerana secara tradisinya mereka menawarkan kemampuan setanding peranti Huawei pada harga yang tidak merobekkan dompet. Meskipun masih berteka-teki mengenai spesifikasi utamanya, misteri mengenai salah satu kamera yang digunakan telah terungkai.

GSMArena mendapat akses kepada rekaan kamera Honor 30. Ia jelas menunjukkan penggunaan sensor 50MP Sony IMX770 untuk kamera utamanya dan sistem pemfokusan Octa PD. Meskipun butiran lanjut mengenainya masih belum dikongsi, namun sumber mendakwa ia akan menjadi sensor terbaik daripada Sony dengan prestasi kamera yang sama dengan barisan siri Huawei P40.

Selain itu, sensor 50MP ini akan diiringi oleh sokongan tiga lagi lensa berbeza yang mana salah satu daripadanya adalah lensa periskop berbentuk empat segi. Peranti ini juga mungkin dilengkapi dengan sokongan dua flash LED.

Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum Honor 30 dilancarkan secara rasmi. Dengan Huawei P40 dijual pada harga RM2799 di Malaysia, kita boleh mengagak Honor 30 kelak akan dijual pada harga lebih rendah.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.