Jarang kita mendengar pelakon serba boleh ini bersuara. Pelakon Tony Eusoff meluahkan rasa kesaI terhadap tindakan produksi sebuah drama yang menawarkan harga tidak masuk akal kepadanya.Tony turut mendedahkan paparan skrin perbualan bersama wakil produksi drama yang mahukannya berlakon sebanyak 11 babak dalam masa dua hari.
” Dah nak 2020 dah tapi bajet drama televisyen masih puaaka,” luahnya pada kapsyen foto terbabit.
Dalam perbualan tersebut, Tony meluahkan rasa tidak puas hati ditawarkan bajet sedemikian.
” Itu bajet zaman Sultan Melaka ke apa. Kalau macam tu sila cuba tempat lainlah. Rendah daripada itu baik menjaja je,” tulis Tony.
Biarpun tidak mendedahkan jumlah sebenar tawaran berlakon drama itu namun ada yang meneka bajet yang ditawarkan sekitar RM500 untuk dua hari.Perkongsian itu turut menarik perhatian peminatnya yang berasa tersinggung dengan nilai yang ditawarkan kepada pelakon filem Sepi itu.
” End up stesen tv dan producer amik pelakon-pelakon bertaraf kayu dan penyapu sebab tu rate dorang amik”, tulis Effi.
Terdahulu Tony Eusoff pernah menyangka kerjaya seninya sudah berakhir ekoran kontroversi dia dipnjarakan atas kesIahan memiliki ddah di Singapura dua tahun lalu.Tony atau Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman berkata, ketika itu dia reda akan digam oleh stesen televisyen serta syarikat produksi namun dia terkejut kerana perkara sebaliknya yang berlaku.
” Terus terang saya katakan, saya ingatkan tak akan ada lagi produksi yang akan panggil saya berlakon dan saya fikir kerjaya saya sudah terkubor.
” Tetapi saya tidak salahkan sesiapa sekiranya perkara itu berlaku kepada saya (digam) kerana saya perlu menanggung atas perbuatan sendiri.
” Bagaimanapun saya terkejut juga kerana selepas dibebaskan tawaran yang datang lebih banyak berbanding sebelum saya dipnjarakan,” katanya.
Sementara itu berkisar kepada perihal peribadinya pula, Tony Eusoff pernah memberitahu dia lebih selesa hidup membujang dan enggan terlalu memikirkan tentang jodoh atau perkahwinan.Meskipun tanpa pasangan, Tony atau Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 42, berkata, dia melalui hari-hari mendatang dengan penuh gembira.
” Sejujurnya saya sangat selesa membujang begini, perancangan nak kahwin itu sudah ‘ke laut’… apa saya boleh kata, hidup bujang begini tak stres dan lebih seronok.
” Perkahwinan bukan matlamat saya lagi, kalau orang kata hidup single ini buatkan kita jadi stres, kita tak tahu orang yang dah kahwin pun ada tekanannya.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : gempak dan mstar