Izara Cuba-Cuba Duduk Di Kerusi Pengarah

Posted on

Jika sebelum ini dia hanya dikenali sebagai pelakon dan model, kini Izara Aishah boleh meletakkan title pengarah di dalam portfolionya.

Izara, 25, mula berjinak-jinak duduk di kerusi pengarah apabila mengemudi penggambaran video pendek dan teaser bagi rangkaian produk keluarannya, Madame Izara.

“Mengarah karya besar seperti filem masih terlalu jauh untuk digambarkan. Mungkin filem pendek boleh dipertimbangkan.

“Buat masa sekarang, kalau setakat video durasi pendek tanpa jalan cerita dan suka-suka, termasuk suntingan sendiri, boleh saya lakukan.

“Siapa tahu pada masa depan dengan keyakinan jitu, saya akan berada di kerusi pengarah secara komersial pula,” katanya, lapor BH Online. 

Izara berkata, dia turut menggunakan khidmat bakat muda, termasuk mereka yang baru menamatkan pengajian untuk membantunya di belakang tabir bagi menghasilkan video pendek itu.

“Saya percaya bakat muda perlu diberi peluang untuk berkarya,” katanya yang memuat naik rakaman video pendek yang menjalani penggambaran di Bukit Antarabangsa dan Cameron Highlands di laman sosialnya.

Bagi menyokong kempen mempromosikan produk kosmetik keluarannya itu, Izara muncul dalam drama web bersiri, Madame’s Diary, sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, drama itu memaparkan realiti Izara menjalankan tugas sebagai Pengarah Kreatif di Syarikat A Klasse selain perjalanan hidupnya sebagai insan seni. Ia boleh ditonton dengan melayari laman web www.madameizara.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.