“Jadi Tempat Pertumbuhan Bakteria,” Wanita Ini Nasihatkan ‘Check’ Perkakasan Dapur Kerap Digunakan

Posted on

Kebersihan adalah antara faktor penting dalam proses penyediaan makanan. Manakan tidak, sekiranya sesuatu makanan itu tercemar, ianya pasti boleh memudaratkan kesihatan orang yang memakannya.

Bukan sahaja bahan mentah perlu diperiksa sebelum mula memasak bagi memastikan kebersihannya terjaga, malahan peralatan untuk memasak itu sendiri juga haruslah diperiksa.

Justeru daripada itu, seorang pensyarah bernama Dr Aida Azmi ada berkongsikan tentang dua peralatan yang kerap digunakan ini diperiksa. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

PENCEMARAN SILANG DARI DAPUR RUMAH

Just nak kongsi sikit perkara-perkara yang dekat dengan kita, yang mungkin kita tak perasan sebab kekerapan kita menggunakannya.

Blender

Cuba lihat gambar blender di bawah. Bagi jenis jug yang boleh dibuka begini, berapa kerap anda buka dan cuci?

Sesetengah orang tidak tahu pun jika blender yang beliau gunakan sekian lama boleh dibuka dan dibasuh. Di dalamnya ada satu getah bulat yang berfungsi sebagai pengetat dan penebat kebocoran cecair yang diisi di dalam blender tersebut.

Di bawah ini la sisa makanan selalu terperangkap. Sisa makanan ini akan mereput dan akhirnya menjadi tempat pertumbuhan bakteria.

So lepas ni, ibu-ibu, mak-mak, anak-anak dara yang selalu memasak tu boleh check blender masing-masing ok. Bukak dan cuci bersih. Boleh juga direndamkan air panas sebentar untuk menyah kuman.

Chopping Board

Yang kedua adalah chopping board. Bagi yang masih gunakan chopping board jenis kayu, perhatikan permukaannya. Pasti dah terhakis, kan? Ia boleh menyebabkan pencemaran fizikal iaitu serpihan kayu masuk ke dalam makanan.

Selalu yang saya perhatikan, penjual daging dan ayam di pasar menggunakan chopping board jenis kayu ini.

Saya nasihatkan bertukar kepada jenis chopping board jenis plastik (PE dan HDPE) – yang bewarna putih kebiasaannya (namun kini ada juga chopping board yang menggunakan color coding).

Kerana ia kurang risiko pencemaran fizikal tetapi tetap perlu dibersihkan dengan baik bagi mengelakkan ia menjadi pusat pembiakan bakteria.

Ok, cukup 2 benda ni dulu. Nanti tolong check, ok?

Sumber:DR AIDA AZMI OFFICIAL

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.