Tular hari ini mengenai garis panduan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kononnya dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah tidak benar.
Menerusi kiriman daripada laman Facebook rasmi JAKIM telah menafikan bahawa ada mengedarkan sebarang dokumen mengenai Panduan Sambutan Aidilfitri Dalam tempoh PKP.
Oleh yang demikian, sebarang makluman yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi JAKIM adalah dianggap tidak sah.
Dalam inti pati garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakt awam khususnya umat Islam mengenai kaedah sambutan hari Raya Aidilfitri ketika dalam tempoh PKP akibat wabak Covid-19.
Penafian mengenai tular panduan Sambutan Aidil Fitri PKP pic.twitter.com/WKLV0sbcqH
— JAKIM (@MyJAKIM) April 29, 2020
Sumber: JAKIM