Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan memanipulasi Tabung Musa’adah Covid-19.
Ia berikutan tular kononnya wujud borang dalam bentuk Google Forms kononnya ia dari JAKIM.
Borang Google Forms itu kononnya adalah borang bagi permohonan Tabung Musa’adah Covid-19 yang diwujudkan oleh pihak JAKIM.
Berikut adalah penafian dari pihak JAKIM YANG dibuat di laman Facebook Bahagian Dakwah JAKIM tentang borang permohonan yang tular itu :-
MESEJ PENTING KEPADA ANDA PENGGUNA MEDIA SOSIAL FB / INSTAGRAM / TWITTER dll RANGKAIAN MEDIA SOSIAL
Assalamualaikum w.b.t
Kepada pengguna media sosial FB/ Instagram/ Twitter/ dll adalah dimaklumkan JAKIM tidak menyediakan borang berbentuk Google Forms untuk Tabung Musaadah Covid-19.
Jika terdapat borang berbentuk Google Forms seperti yang tertera, anda dinasihatkan untuk tidak mengisi sebarang maklumat berkaitan.
Pihak JAKIM menafikan terdapat borang berbentuk Google Forms untuk Tabung Musaadah Covid-19.
Harap maklum.