Sepanjang musim wabak jangkitan Covid-19 ini, ramai pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan terhadap orang ramai untuk kepentingan mereka sendiri.
Sebagai orang awam, bukan sahaja perlu menjaga kebersihan serta menghindari wabak ini malah anda juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan mana-mana agensi yang datang ke rumah dengan alasan untuk memberi imunisasi.
Berdasarkan infografik daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihatkan semua pihak agar berhati-hati dengan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap situasi COVID-19.
Sumber: PDRM