“Jangan Suka Hati Fitnah, Hutang Kami Bila Nak Bayar?” – Dato Seri Vida

Posted on

Dalam kesibukan Aliff Syukri meluahkan perasaan tentang layanan yang diterima ketika berlangsungnya pentas akhir Gegar Vaganza 5 malam tadi, rakan beliau turut tampil memberikan pandangan tersendiri dalam isu ini.

Dalam video terbaru menerusi Instagram, Dato’ Seri Vida turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku selain memberi bayangan yang beliau turut menerima layanan yang sama ketika menjadi penaja.

“Saya datang untuk menyokong penaja namun di mana kedudukan penaja? Di tapak kaki je …,” ujar DSV dalam video tersebut.

Pengacara bersama Gegar Vaganza 5, Nabil Ahmad turut meninggalkan komen di video tersebut mengatakan mereka difitnah dalam isu ini dan turut menuntut hutang bayaran yang khabarnya sudah dua tahun tertunggak.

Pelbagai komen dilontarkan buat DSV, Aliff Syukri dan pihak Astro sendiri yang mana masing masing mempunyai pandangan tersendiri tentang isu ini. Nampaknya ada kemungkinan pihak pihak ini tidak akan bekerjasama dalam masa terdekat, kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.