Jangan Takut Beli Barangan Malaysia, Kualiti Dah Tip Top!

Posted on

Zaman sekarang ini anda sudah tak perlu ragu-ragu lagi nak beli barangan Malaysia. Lagi-lagi bab kualiti, siapa cakap kualiti barangan Malaysia tak tip-top?

Jangan tak tahu banyak barangan Malaysia yang berjaya melepasi pasaran antarabangsa. Lebih menarik lagi, hampir setiap barangan Malaysia yang terbang keluar negara tu bermula dari perindustrian kecil!

Foto: baba.com.my

Senang cerita seperti barangan makanan yang sering dinanti-nanti oleh para suri rumah untuk melengkapkan lagi menu masakan mereka iaitu produk rempah ratus keluaran BABA’S. Rempah ratus keluaran BABA’S ini berasal dari Malaysia dan bukannya dari negara India.

Menarik lagi, kisah perniaga BABA’S ini hanya mula menjual dari rumah ke rumah pada mulanya dan kini mampu mengeluarkan satu produk yang dinanti-nantikan. Jika tiada rempah-ratus dari BABA’S ini maka tak lengkaplah menu masakan anda.

Foto: babas.com.my

Meskipun bermula dari dalam negara, produk rempah ratus dari keluaran BABA’S ini sudah mendarat di luar negara. Antaranya di negara Australia, Canada, China, Fiji, United Kingdom dan banyak lagi negara yang turut menerima produk buatan Malaysia ini.

Tidak hanya tertumpu kepada produk keluaran BABA’S sahaja yang berjaya mendapat tempat di luar negara. Banyak lagi barangan buatan Malaysia yang mendapat nama.

Jadi apa tunggu lagi, mulai saat ini anda sudah boleh berjinak-jinak beli barangan Malaysia yang mempunyai logonya. Dengan setiap pembelian anda itu, mampu membuka peluang pekerjaan kepada anak muda di Malaysia.

Dengan anda membeli barangan Malaysia ini juga menandakan yang anda seorang yang patriotisme dan yang lebih menarik melambangkan anda cinta akan negara anda. Mana taknya bila anda membeli apa sahaja barangan keluaran Malaysia sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada industri negara.

Lagi-lagi sekarang Kempen Beli Barangan Malaysia sedang berlangsung. Kampen ini juga dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Banyak aktviti yang akan diadakan bagi menyokong kempen beli barangan Malaysia ini.

Antaranya, expo jualan yang berasaskan barangan Malaysia, penembusan produk-produk PKS dalam sektor peruncitan, jualan dan pemasaran digital. Bolehlah anda bawa keluarga anda ke kempen ini sambil-sambil borong produk keluaran Malaysia.

Semua ini bermula dari anda untuk meningkatkan mutu penjualan produk Malaysia. Jadi apa tunggu lagi, jom lah beli barangan Malaysia mulai hari ini. Tak kan tinggal di Malaysia beli barangan luar negara?

Tepuk dada tanya hati anda! Ingat, #BarangBaikBarangKita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.