Terbuka mengakui ‘menyukai’ Sufian Suhaimi sebelum ini, Jasmine Suraya memberitahu banyak persamaan diantara mereka menyebabkan mereka sangat rapat. Malah terbaru Jasmine mahu belajar menyelam pula dengan Sufian!
Menurut Jasmine, kini beliau sedang mempertimbangkan perancangan untuk mendapatkan lesen menyelam untuk melakukan aktiviti riadah di Pulau Tioman bersama Sufian kerana minat mereka dalam aktiviti itu.
“Kami boleh rapat kerana banyak persamaan antara kami. Kami sama-sama suka makan ikan singgang dan selepas ini, saya mahu cuba aktiviti menyelam pula. Sufian memaklumkan, Pulau Tioman antara lokasi cantik untuk aktiviti menyelam”
Ditanya pula sama ada Jasmine berasa risau dengan spekulasi mengenai dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa, beliau berkata, tiada apa yang ingin dibimbangkan kerana mereka hanyalah rakan biasa.
“Jadi, saya rasa nak mula belajar (menyelam) juga. Saya tidak perlu berasa gusar kerana kami cuma kawan baik. Saya pun ada mengajaknya keluar makan sebagai tanda terima kasih kerana memberikan kejutan kepada saya, tempoh hari.
“Saya sangat kagum dengan bakat dimilikinya. Setakat ini, tiada yang kecam melainkan doa yang baik-baik untuk kami,” katannya mengenai hubungan rapat sejak kebalakangan ini dengan Sufian.