Jika Dulu Kerana Bigo Kini Fathia Latiff Dikecam Kerana Merokok

Posted on

Selain kaum lelaki, segelintir kaum wanita di negara ini sebenarnya turut merokok namun mungkin situasinya jarang dilihat secara meluas. Perkara ini menimpa pelakon wanita, Fathia Latiff apabila sesi live di Insta Stories bersama Zarina Anjoulie menjadi perhatian gara-gara dia merokok.

Mungkin sebelum ini sejarah Fathia yang pernah dikecam gara-gara pernah tampil berani mati di dalam aplikasi Bigo Live membuatkan lebih ramai meninggalkan komen-komen berkaitan cerita lamanya selain ada yang menggelarnya sebagai sundal serta yang menyentuh bab agama. Wow.

Apa yang pasti, setiap perlakuan manusia di atas dunia ini adalah pilihan sendiri. Dia mahu live, mahu merokok dan mahu berkongsi dengan orang ramai bahawa dia sememangnya merokok itu pun adalah pilihan sendiri.

 

Apabila kita melihat bahawa selebriti ini tidak pernah berdosa atau membuat salah, itulah satu kesilapan peminat atau pengikut. Semua orang ada salah dan sifat masing-masing, sama ada mahu fake atau rela dikecam asalkan jadi diri sendiri.

Ramai lagi sebenarnya barisan selebriti wanita yang merokok yang mungkin peminat tahu pun akan terkejut. Silap-silap agaknya ada pula yang buat akaun Instagram demi membongkar pelakon wanita yang merokok.

Sumber: Mak Cik Puaka Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.