Seperti biasa bagi pasangan yang sudah berkahwin, soal anak pasti kerap ditanya orang ramai. Bagi Izara Aishah, mereka masih dalam fasa berbulan madu dan hanya menantikan rezeki anak andai tiba awal.
“InsyaAllah kami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata. Tapi saya rasa kami masih dalam fasa bulan madu, mungkin mahu berdua dahulu untuk beberapa tahun. Bagaimanapun kami tidak tolak jika rezeki anak datang awal”
“Kami sering mendapat soalan mengenai anak sejak sudah berkahwin ini. Saya tidak tertekan kerana dulu bila belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Kini sudah kahwin soalan anak pula timbul,” jelasnya.
Bagaimanapun jelas Izara, beliau dan suami sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa sejak mendirikan rumah tangga tahun lalu. Agak normal bagi pasangan zaman kini ingin menghabiskan masa berdua dulu sebelum mnimang bayi.