Joey G Dakwa Sazzy Falak Mabuk Depan Anak-Anak?

Posted on

Sebelum ini kecoh mengenai kisah pergolakan rumah tangga pengacara TV,  Joey G dan model Patricia K. Kontroversi semakin hangat apabila Patricia mendakwa Joey membawa lari anak mereka yang baru berusia dua tahun ke luar negara tanpa pengetahuannya ketika mereka dalam proses untuk bercerai, namun Joey menafikan dakwaan tersebut.

Kemelut mereka diilihat berpanjangan apabila masing-masing meluahkan perasaan tak puas hati melalui Insta Story mengenai hak penjagaan anak dan pelbagai isu timbul termasuk dakwaan Joey mengatakan isterinya pernah curang sebanyak lima kali.

Bagaimanapun, terbaru, menerusi Instagram, Patricia meluahkan rasa gembira apabila akhirnya hak penjagaan anak berpihak padanya. Berita tersebut mendapat reaksi rakannya iaitu pelakon Sazzy Falak yang turut gembira mengetahui perkhabaran tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan Sazzy itu yang dilihat cuba campur tangan di dalam permasalahan mereka mengundang kemarahan Joey. Kemudian bermula perang di media sosial dan Sazzy didakwa mabuk di rumah Joey bersama Patricia sebelum ini. Dalam masa sama, Joey mahukan penjelasan dari Sazzy tentang apa yang diperkatakan.

Bagaimanapun, menerusi video Insta Story, Sazzy yang mengakui terkejut dengan pendedahan tersebut menjelaskan ianya dakwaan yang tidak berasas.

SUMBER: BEAUTIFULNARA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.