Kontroversi PU Abu yang menceraikan isterinya ketika hamil mendapat perhatian ramai pihak. Disebabkan tindakannya itu ramai netizen mula memandang serong dengan mereka yang bergelar Pencetus Ummah dan ustaz selebriti.
Usahawan kosmetik, Joy Revfa turut mendedahkan dia pernah diganggu oleh beberapa lelaki berstatus suami orang di media sosial. Tidak mendedahkan identiti individu tersebut, Joy memberitahu lelaki dikenali sebagai ustaz selebriti itu turut meminta gambar seksinya.
Baca : Joy Revfa Sudah Temui Pengganti, Tayang Kekasih Baru
“Lelaki setia zaman sekaran ni dah semakin pupus sebab kecurangan berada di hujung jari je terutamanya golongan Ustaz Hamadi ni semakin ramai. Ada beberapa ustaz selebriti suami orang tak segan silu mesej nak tengok gambar Joy dekat rumah berbaju seksi.
“Mereka tak fikir kejap lagi kita viral screenshot tu baru tahu langit tinggi ke rendah. Yang penting jangan melayan,” tulisnya di Instagram.
Katanya lagi, dia sangat memahami hati seorang wanita dan tidak mahu menjadi punca keretakan rumah tangga orang lain. Dalam pada itu, Joy turut menasihati wanita diluar sana agar tidak melayan suami orang, fikir perasaan isteri dan anak-anak lelaki tersebut.
“Ingat jangan bagi ruang dan peluang sedikit pun untuk suami orang tu dekati kita. Pasang niat sebab nak bantu isteri dan anak-anak dia untuk mengelakkan kecurangan berlaku.
“Kalau ada mesej menggatal tu, block je atau ugut dia akan screenshot mesej tu dan bagi pada famili atau isteri dia. Isteri pun kena pantau kegiatan suami, jangan dibiarkan je,” katanya.
Terdahulu, nama Joy menjadi perhatian ramai apabila perkahwinannya dengan penyanyi nasyid Hafiz Hamidun didakwa tidak sah. Konflik rumah tangga mereka berakhir selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap Joy pada 25 Oktober 2017.