Juruterbang Bawa Bekalan Perubatan ‘Lukis’ Bentuk Hati Di Udara, Hargai Petugas Kesihatan

Posted on

Seorang juruterbang di Iceland menzahirkan rasa terima kasihnya kepada petugas kesihatan diatas keberanian dan dedikasi mereka melalui jejak penerbangan bentuk hati di udara.

Menurut laporan, penerbangan itu membawa bekalan perubatan dari China ke Iceland.

Pesawat jenis Boeing 767 itu membuat lencongan di bandar Reyjavik sekaligus menjadikan waktu penerbangan lewat sembilan minit.

Walau bagaimanapun, penerbangan sejauh 5,600 batu (9000km) itu dipuji kerana ia dikatakan memberi makna kepada setiap para petugas kesihatan.

Jejak bentuk hati itu dibuat sebelum penerbangan mendarat dan titik bentuk hati itu adalah diantara dua hospital di ibu kota berkenaan.

Setakat semalam, Iceland mencatatkan sekurang-kurangnya lebih 1,500 kes dengan 9 kematian.

Sumber: Fox News

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.