Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan bacaan 1.06 semalam.
Data tersebut dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya tadi dengan memaparkan bacaan menurun untuk lima hari berturut-turut.
“Bacaan Rt merekodkan 1.16 pada hari Sabtu namun terus menurun pada 1.12 (Ahad), 1.09 (Isnin), 1.07 (Selasa) dan 1.06 (Rabu).
“Berbanding pada pertengahan bulan Mei lalu, Rt Covid-19 terus meningkat antara 15 hingga 23 Mei 2021 dengan mencatatkan bacaan tertinggi hingga 1.21,” katanya di sini tadi.
Katanya, kadar Rt di Selangor mencatatkan 1.09 iaitu lebih rendah daripada Sabah dengan Pulau Pinang apabila masing-masing merekodkan 1.21 dan 1.12.
sumber: Kosmo Online