Kadar kemiskinan: Ramai Rakyat Jatuh Miskin, BPN Sahaja Masih Belum Cukup

Posted on

Kadar kemiskinan dekat Malaysia akan semakin meningkat disebabkan peratusan rakyat Malaysia yang mudah jatuh ke dalam kemiskinan selepas kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji akibat pandemik Covid-19 dikatakan sangat ramai.

Dr Muhammed Abdul Khalid iaitu Pakar Ekonomi ada berkata, kalau seseorang rakyat Malaysia hilang pendapat sebenyak RM700, kadar kemiskinan yang ditetapkan akan naik daripada lima peratus kepada 17 peratus.

Tambah Muhammed, dalam situasi sekarang, antara tiga golongan yang mudah menjadi miskin ialah ibu tunggal yang kebanyakannya hanya berniaga kecil-kecilan, kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan orang kurang upaya (OKU).

Katanya lagi, hasil kajian yang telah dilakukan oleh sebuah universiti tempatan baru-baru ini kepada golongan ibu tunggal di Malaysia, mereka kebanyakannya hanya ada sebanyak RM300 duit simpanan, manakala golongan OKU pula hanya mempunyai simpanan sebanyak RM70.

Usaha kerajaan memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan langkah yang baik, namun ia masih tidak mencukupi dan ramai rakyat sengsara kerana mereka tidak boleh bekerja dan berniaga.

Ia merupakan situasi berbeza dengan mereka yang bekerja dan diberhentikan kerana mereka masih mencarum ketika berkhidmat di syarikat, tetapi bagi mereka yang masih mempuyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso dalam masa enam bulan diberhentikan. – Katanya.

Bagi penjaja kecil-kecilan pula, sebenarnya golongan inilah perlu dibantu kerana mereka bukan sahaja perlu menyara diri sendiri malah keluarga dan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah.

Memang tak dinafikan semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang kekurangan wang simpanan disebabkan perlu menggunakan wang apatah lagi pada waktu sekarang ni.

Kredit: Sinar Harian

Join Telegram

Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual, Xiaomi Menghentikan Penjualan Mi 10 Pro 5G

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu pertama dari Xiaomi untuk tahun ini. Ia juga merupakan antara peranti termahal dari Xiaomi sebelum Mi 10 Ultra dilancarkan. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, kamera 108MP, menyokong pengecasan pantas dan boleh dikatakan adalah peranti mercu yang serba lengkap.

Sehingga bulan ini, peranti Mi 10 Pro 5G baru sahaja 8 bulan berada di pasaran. Terkini Xiaomi dilihat telah menamatkan penjualan peranti ini. Sumber menyemak laman web Xiaomi, kedai atas talian Tmall, Jingdong dan Youpin juga disenaraikan sudah kehabisan stok.

Ini mungkin kerana Xiaomi ingin memberi laluan kepada peranti baharu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada Disember dengan cip Snapdragon 875 pertama dunia dan dipasarkan secara terhad di China. Ia hanya akan dilancarkan semula atau mungkin dijual seperti biasa pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.