Pasti ramai diantara anda diluar sana takutkan lipas, tapi siapa sangka ada yang lebih takutkan serangga tersebut daripada kematian. Memang mengejutkan tetapi ianya benar.
Berdasarkan kaji selidik oleh agensi antarabangsa “YouGov” yang berpangkalan di Britain yang dilakukan di Singapura mendapati, rakyat negara tersebut lebih takutkan lipas daripada kematian, hantu dan kesunyian.
Menerusi kaji selidik itu, 42 peratus daripada 1,033 responden sangat takutkan lipas berbanding kematian mencatatkan 40 peratus.
BACA : Tiada Saman 6 Bulan Pertama Jika Gagal Gunakan Kerusi Kanak-kanak
Bagaimanapun, rakyat Singapura paling takutkan lemas dimana mencatatkan 53 peratus diikuti, api serta reptilia dan lipas menduduki tempat keempat yang paling ditakuti.