ISTERI kepada pelawak Fad (Bocey) iaitu Nur Syahirah A. Rahman mendedahkan sebab utama dia mengambil keputusan untuk memakai tudung.
Nur Syahirah atau lebih mesra dipanggil Sya, 25, berkata setiap hari dia bermimpi hari ki*mat dan satu persatu ahli keluarga meningg*lkannya.
Malah, dia kerap bercerita dengan Fad mengenai mimpi b*ruk tersebut namun suaminya tidak memberi sebarang reaksi menyebakan dirinya berasa resah.
“Sebenarnya niat dah lama dan dah lama saya kumpul tudung. Tapi biasalah iman kita turun naik, kadang tengok orang cantiknya bertudung tapi bila pakai rasa macam tak yakin. MashaAllah bukan mudah istiqamah tu.
“Tapi satu masa tu hampir setiap hari, saya selalu dalam keadaan resah. Kalau ke mana-mana otak fikir kalau kem*langan m*ti macam mana? Sampaikan setiap hari mimpi ki*mat. Mimpi keluarga satu-satu tingg*lkan saya.
Sya berkongsi bagaimana dia mula terbuka untuk memakai tudung di laman Instagramnya.
“Saya selalu cerita dengan Fad saya mimpi bvruk tapi tiada reaksi daripadanya saya jadi tertanya-tanya kenapa rasa ni buatkan saya resah tak berhenti fikir sampailah satu hari itu saya dapat satu mimpi yang memang saya takvt untuk terima,” katanya.
Sya yang memakai tudung sejak 19 Januari lalu mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.
Kata Sya, dia berasa sedih dan sayu sebaik sahaja bangun dari tidur kerana memikirkan anak-anaknya selepas mimpi dirinya sudah meninggal dunia.
“Saya mimpi saya m*ti tinggalkan anak-anak. Bila bangun rasa sedih rasa sayu. Sebab kita yang setiap pagi mandikan anak-anak, siapkan anak-anak pergi sekolah, hantar sekolah, balik masa untuk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tak lapar.
“Tapi kalau saya tak ada nanti siapa yang akan buatkan semua tu (jangan berani nak kahwin lain). Anak-anak siapa yang akan uruskan. Takut sangat walhak jalan yang Allah tulis kita kena redha terima semuanya,” ujarnya.
Isteri Fad mula bertudung sejak 19 Januari lalu.
Dalam pada itu, Sya tidak menganggap apabila seseorang itu memakai tudung sudah dikira cukup baik dan sempurna namun dengan menutup aurat boleh membawa diri ke arah yang lebih baik.
“Bukannya nak cakap pakai tudung ni kita dah jadi cukup baik cukup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita kearah yang lebih baik.
“Tak ada satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la untuk cari kesempurnaan tu. Tak ada paksaan dari suami tapi kenapa kita sebagai isteri tak boleh korb*nkan benda tu,” ujarnya.
Sya juga meluahkan rasa syukur dan tenang selepas memakai tudung dan berharap semua orang mendoakannya terus istiqamah.
Sya dan Fad berkahwin pada 2015 dan dikurniakan anak kembar lelaki Adrazin Hayyan dan Adrazin Zayyan yang kini berusia empat tahun serta dan Nur Aminah Mishall berusia dua tahun.
sumber: mstar