Berita baik buat peminat Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim kerana tidak lama lagi pasangan itu akan melangkah ke fasa pertunangan. Berita itu dimaklumkan Zahirah mengenai perancangan mereka seterusnya.
“Bagi saya kalau keluarga kami merestui hubungan ini, kalau semuanya berjalan lancar, kami akan membincangkan untuk ke fasa seterusnya, iaitu bertunang. Buat masa ini belum ada perbincangan secara terperinci mengenai itu”
“Tapi dia ada datang bawa keluarga dia berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa saya. Mungkin dia akan datang sekali lagi masa bulan puasa, apapun saya nak habiskan shoot ini Insyallah selepas itu kita tengok macam mana,” jelasnya.
Bagaimanapun Zahirah memberitahu, masih tiada tarikh yang pasti mengenai majlis pertunangan mereka kerana masing-masing masih sibuk dengan kerjaya. Namun persediaan untuk berkenalan sudah berjalan.
Tahniah diucapkan buat Zahirah dan Aiman yang bakal mengikat tali pertunangan. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan sebuah lagi majlis pertunangan dari selebriti kegemaran mereka.