Hampir seminggu semenjak insiden Zamani tidak mampu membuat persembahan di Gegar Vaganza, masih ramai memperkatakan tentang kemampuan penyanyi untuk meneruskan persaingan dengan keadaan masih belum sembuh sepenuhnya.
Jamal Abdillah yang merupakan penyanyi lelaki yang tidak perlu diperkenalkan lagi memberikan komen tersendiri untuk situasi Zamani ketika ini.
“Kalau saya berada di tempat Zamani, saya akan menarik diri lebih awal dari pertandingan itu. Sebagai penyanyi, saya tidak mahu mengecewakan penonton terutama peminat apabila suara tidak keluar bila membuat persembahan di pentas,” ujarnya.
Penyanyi itu turut menyarankan Zamani untuk segera mendapatkan rawatan doktor atas masalah kehilangan suara beliau dan menceritakan pengalaman beliau sendiri berhadapan dengan situasi tidak mampu memberikan persembahan.
“Sebagai penghibur, saya sendiri pernah mengalami masalah hilang suara seperti Zamani. Insiden itu berlaku ketika saya mengadakan persembahan tanpa henti di konsert skala besar, dua tahun lalu,” tambahnya.
Beliau bersyukur yang doktor sempat merawatkan sebelum persembahan terakhir yang dijadualkan.