KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat 12.08 malam semalam daripada ibu kanak-kanak terbabit yang membuat laporan mengatakan anaknya, Nur Aisyah Aleya Abdullah yang dijaga teman lelakinya hilang.
Beliau berkata, ibu mangsa berusia 31 tahun ada bertanyakan kepada suspek dan dimaklumkan anaknya sudah diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.
“Berikutan itu, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata, hasil siasatan awal mendapati, wanita warga Indonesia itu mengenali suspek berusia 37 tahun yang sering ke tempat kerjanya di Pulau Pinang awal November lalu sebelum mereka bercinta.
Beliau berkata, namun pada akhir bulan sama, wanita itu ke Langkawi dan tinggal bersama suspek dan isterinya di sebuah rumah di Kuarters Hospital Langkawi.
“Bagaimanapun, awal Januari tahun ini, isteri suspek yang bekerja sebagai jururawat di hospital itu mengesan hubungan antara suspek dan wanita berkenaan.
“Namun, selepas hubungan itu diketahui isteri suspek, wanita itu kemudian dihantar ke tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, Padang Matsirat namun anaknya tidak diserahkan kepadanya, “katanya.
Mohd Iqbal berkata, akhir bulan lalu, wanita terbabit pergi ke rumah suspek dan mendapati anaknya tiada sebaliknya dimaklumkan anaknya sudah diserahkan kepada pihak lain yang tidak dikenali.
Beliau berkata, pemeriksaan di rumah dan tempat kerja isteri suspek sudah dibuat namun pasangan suami isteri terbabit tiada.
“Setakat ini kita sedang mengesan suspek dan isterinya yang dipercayai terbabit di dalam kes ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 48 (2) Akta Kanak-Kanak,” katanya.
Sehubungan itu katanya, pihaknya sedang mengesan suspek, Ramlan Abdul Rashid, 37, yang beralamat di E-3-4,Apartment G, Kuarters Hospital Langkawi, 07000 Langkawi dan isterinya, Wan Roslinda Wan Jusoh, 40, yang menetap di alamat sama untuk membantu siasatan.
Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :
Apa la agaknya alasan yg SI suami tu bg Kat wife dia yer smpai wife dia bg minah indon tu duduk umah dia…hurmmm.. Sian anak xberdosa..angkara org dewasa sekeliling dia,dia jd mangsa..semoga anak bertuah itu ditemui dgn selamat dn sihat…aminnnnn
cite nya camni.. anak perempuan indon ni hilang dalam jagaan pakwe dia.. pakwe dia ada isteri keje hospital.. skang ni pakwe dia and bini dah menghilangkan diri.. and anak pempuan pon hilang.. pakwe dia dah kantoi la ngan bini dia tntang afair ngan pempuan indon tu.. haa mcm tu la gamak nya..
Keje nurse mesti boleh kesan punyer. Aku syak dorg xde anak kot, so dorg nk budak Tu….dia temberang la kat indon Tu….sapa soh gatal nk tggal anak kat org..
Napelah Jururawat tu terlibat sama dgn hal laki dia dan pompuan Indon ni…. x pasal2 hilang kerja dan 1 Malaysia pun dah tau…. bukan senang nak cari kerja sekarang ni…..
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share.
Sumber : Harian Metro