‘Kawan Rapat’ Luah Rasa Rindu Pada Fasha Sandha

Posted on

Mengakui hubungan kawan dengan seorang lelaki sebelum ini berjalan dengan baik, Fasha Sandha dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa dia belum lagi sampai pada tahap bercinta.

“Saya berkawan rapat tetapi belum ke arah bercinta cuma sekarang fasa hubungan itu dah berani cakap rindu. Tetapi apabila dia cakap rindu saya tidak terus balas, kenalah jual mahal sikit… hahaha”

“Hendak kata hati sudah dimiliki pun belum lagi cuma saya selesa berkawan dengannya. Dia sukakan kanak-kanak dan anak-anak saya adalah keutamaan saya melebihi segalanya. Alhamdulillah dia terima anak-anak saya dengan baik dan itu antara sebab membuatkan saya selesa dengannya,” jelas Fasha kepada mStar Online.

Jika sudah serasi, apa salahnya bukan jika Fasha meneruskan hubungan kepada ikatan yang sah dan pastinya perkara tersebut akan mendapat sokongan setia pelakon wanita ini.

sumber : mStar Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.