Gara-gara dituduh bercinta dengan suami Sharifah Sakinah, seorang wanita yang dikenali sebagai Memey Roones tampil menjelaskan kekasihnya itu bukanlah suami kepada sesiapa dan beliau juga berstatus bujang.
“Iya, kekasih saya bukan suami dia (Sakinah) atau milik siapa-siapa. Saya tak tahu macam mana orang boleh kata wajah mereka sama. Isu ini membuatkan saya tertekan kerana saya memang tidak buat (bercinta dengan suami orang)”
Mempunyai kekash mirip suami Sakinah, Memey berkata, beliau sejujurnya tidak suka bercerita mengenai kekasihnya di laman sosial membuatkan beliau terkejut dengan dakwaan yang dikaitkan dengannya.
“Saya tak suka orang tahu siapa dia, kerja apa atau anak siapa. Lagi saya tunjuk, lagi buat orang nak tahu mengenai kekasih atau keluarga dia dan akan bercerita lagi. Disebabkan itulah saya tak tunjuk. Tolong faham,” katanya.
Terdahulu Sakinah menerusi Instastory berang apabila seorang individu menghantar DM kepadanya bertanyakan mengenai kesahihan sekeping gambar yang disangkakan suaminya, mesra bersama seorang wanita.
Bagaimanapun tindakan Sakinah memuat naik pertanyaan itu di media sosial mengundang kritikan netizen, yang mendakwa beliau memalukan indivdu tersebut yang hanya bertanya, malah secara peribadi kepadanya.
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE