Kelantan Cemerlang Dalam 10 Tahun, Berikut Senarai Sekolah Terbaik SPM 2018

Posted on

KOTA BHARU: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di negeri ini mencatat pencapaian terbaik dalam tempoh 10 tahun apabila merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.84.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Abdullah Mat, berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan GPN sebanyak 0.11 berbanding GPN 4.95 pada 2017.

Beliau berkata, seramai 262 calon SPM 2018 memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran yang diambil berbanding 199 calon pada tahun 2017.

“Seramai tiga calon mendapat semua A+ di Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra berbanding seorang saja di negeri ini pada 2017.

“Seramai 19,466 pelajar membabitkan 89.67 peratus daripada 29,210 calon SPM yang layak mendapat sijil peringkat negeri, menunjukkan peningkatan 0.99 peratus berbanding 88.68 peratus 2017.

“Sebanyak 28 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus calon memperoleh sijil termasuk tujuh Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) berbanding 24 sekolah pada tahun 2017,” katanya pada majlis pengumuman keputusan SPM 2018 di sini hari ini.

Katanya, terdapat sebuah sekolah yang mencapai kelulusan 100 peratus lulus bagi semua mata pelajaran iaitu SMS Machang.

“Sebanyak 15 sekolah pula mencapai kelulusan 85 peratus ke atas.

“Sebanyak 48 mata pelajaran yang diambil calon SPM Kelantan bagi tahun 2018 membabitkan 19 daripadanya mencapai kelulusan 100 peratus,” katanya.

GPN Kelantan atasi peratusan nasional

Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Kelantan menunjukkan peningkatan dengan
Gred Purata Negeri (GPN) 4.84 sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.11 peratus.
GPN Kelantan atasi peratusan nasional

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdullah Mat berkata, ia meningkat berbanding 4.95
peratus pada 2017 lalu. Menurutnya, ini merupakan pencapaian terbaik berbanding tahun-tahun sebelum ini.
“Kita juga berbangga apabila pencapaian calon dari 45 sekolah menunjukkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengatasi peratusan GPN.

“Malah calon di 94 sekolah, menunjukkan peningkatan dengan GPS terbaik sebanyak 1.55 peratus,” katanya, selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2018 di Jabatan Pendidikan Negeri, pagi tadi.

Abdullah berkata, seramai tiga calon mendapat keputusan A+ manakala 262 calon memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi kesemua mata pelajaran yang diambil.

Katanya, jumlah berkenaan mewakili 1.22 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada tahun lalu.
Menurutnya, ia berbanding 2017 dengan hanya seorang calon yang mendapat kesemua A+ dan 199 calon beroleh sekurang-kurangnya A- atau 0.86 peratus.

Ini katanya, menunjukkan peningkatan sebanyak 65 calon atau 0.36 peratus. Pada tahun 2018, seramai 29,000 210 calon menduduki peperiksaan SPM melibatkan 279 pusat peperiksaan.

SENARAI SEKOLAH TERBAIK PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) BERDASARKAN GPS

Berikut adalah senarai pencapaian SPM 2018 sekolah-sekolah seluruh Kelantan mengikut urutan GPS Terbaik.

Sekolah Menengah Sains Machang atau dikenali sebagai SMACH berada di tempat pertama dengan mendapat 1.55 diikuti Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (1.65) dan Sekolah Menengah Sain Jeli (1.98).

Makala Menengah Sains Pasir Puteh (2.33) manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 dari Kuala Krai berada di tempat kelima dengan GPS 2.50.

One thought on “Kelantan Cemerlang Dalam 10 Tahun, Berikut Senarai Sekolah Terbaik SPM 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.