Kelihatan Semakin Bongkok, Zamani Slam Ada Masalah Tulang Belakang

Posted on

SUDAH lama tidak melihat kelibat penyanyi Zamani Slam di kaca televisyen mahupun akhbar.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Gerimis Mengundang ini, walaupun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen namun dia masih aktif menyanyi.

Kalau anda perasan fizikal Zamani kembali kurus dan kelihatan makin membongkok.

Akui Zamani, keadaan fizikalnya itu disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

“Saya masih menerima undangan nyanyian seperti biasa tetapi untuk acara di luar dan korporat.

“Cuma saya akui saya sudah lama tidak menyanyi dan keluar dalam mana-mana program TV.

“Lagi pun saya ada masalah kesihatan,” katanya seperti yang dilaporkan Astro Gempak.

Bercerita lebih lanjut mengenai masalah kesihatannya, Zamani berkata dia mempunyai masalah tulang belakang.

“Fizikal saya yang semakin kurus dan membongkok ini kerana saya menghidap masalah tulang belakang.

“Saya akui kesan salah guna dadah suatu ketika dulu menyebabkan tulang saya membengkok.

“Saya masih menerima rawatan susulan, cuma saya sudah tidak mengikuti rawatan fisioterapi seperti sebelum ini,” dedahnya.

Bagaimanapun, Zamani yang pernah terlibat dengan gejala dadah, berharap tiada pandangan negatif daripada orang ramai terhadap keadaan fizikalnya itu.

“Saya harap tiada pandangan negatif bila orang tengok keadaan saya begini.

“Ini kerana bila orang lihat saya begini, mereka tanya adakah saya masih mengambil benda (dadah) yang tidak elok itu.

“Tapi, apa-apa pun saya tidak boleh hendak menghalang apa jua yang mereka katakan,” luahnya lagi.

Apapun, semoga kesihatan Zamani tidak melarat dan sembuh segera. Masih terngiang-ngiang suaranya yang lunak mengiburkan kita semua sejak dulu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.