Keluarga pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi pilihan netizen apabila merasakan keluarga mereka dilihat kurang bermasalah dan gembira selalu.
Sememangnya Aeril Zafrel mahupun Wawa Zainal jarang sekali terpalit kontroversi melibatkan keluarganya malah pasangan ini telah mendapat pujian ramai kerana ‘setia’ malah sentiasa sweet selain netizen juga seronok melihat mereka menyakat satu sama lain.
Selain popular dalam industri hiburan, kejayaan pasangan ini sebagai usahawan kosmetik juga meraih perhatian ramai yang kini sudah semakin berjaya.
“Doakan hubungan ini berkekalan… terima kasih Allah untuk semuanya,” tulisnya ringkas menerusi posting.
Menerusi video, kelihatan pula mereka sekeluarga merakam tangan dan lucunya juga tangan anak mereka yang masih kecil juga kelihatan.
Bagaimanapun, pengikut dan peminat Aeril Zafrel rata-rata telah mengaminkan doanya selain posting berkenaan juga meraih lebih 190,000 tanda suka dalam masa sekejap.
Kandungan
“Aminn… semoga bahagia kekal ke jannah”
“Allahu, sweetnya rasa kita pulak yg tacing tengok…”
Sumber: Aeril Zafrel
INI KELUarga pilihan, kahwin senyap-senyap tak nak bagitau orang. Bila mengandung pergi bua press conference. Tipu kena penyakit buatan orang la apa la!