Pemergian Ashraf Sinclair pagi ini bukan sahaja mengejutkan keluarga dan rakan terdekat Malaysia dan Indonesia tetapi juga peminat. Menurut KapanLagi.com, rumah duka yang menempatkan jenazah mula dikunjungi rakan artis.
Kelihatan selebriti Rossa turut hadir memberikan penghormatan terakhir. Bendera kuning turut dinaikkan sebagai tanda terdapat kematian dan dipasangkan di setiap sudut rumah duka yang terletak di kawasan Pejaten, Jakarta Selatan.
Difahamkan pintu pagar rumah duka itu juga tertutup rapat dah dikawal ketat oleh pengawal keselamatan yang berpakaian serba hitam. Bagaimanapun dimaklumkan keluarga masih belum memutuskan lokasi pengebummian jenazah.
Terdahulu Allahyarham yang berusia 40 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.51 pagi tadi selepas mengalami serangan sakit jantung. Ruangan media sosial juga dipenuhi dengan ucapan takziah buat keluarga.