Keluarga terkandas di India rayu Wisma Putra bawa mereka pulang| Keluarga yang terdiri daripada 16 rakyat Malaysia yang terkandas di Punjab sejak Sabtu lalu, merayu Wisma Putra membawa mereka dan rakyat Malaysia lain pulang ke tanah air.
Mereka terkandas di India selepas kerajaan negara itu menggantung penerbangan komersial antarabangsa ke negara itu bagi mengekang penyebaran Covid-19.
BACA : Wiko View 4 Lite Ditawarkan Pada Harga RM 337
Jetinder Singh, 28, berkata beliau bersama anak saudara, sepupu, ibu saudara, bapa saudara dan neneknya terbang ke Punjab dari Kuala Lumpur pada 7 Mac, sebelum Malaysia mengenakan perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac.
Keluarga terkandas di India
“Bagi kebanyakan kami, ini adalah perjalanan kali pertama ke India.
“Kami datang ke sini sebagai sebahagian daripada lawatan ziarah dan bersiar-siar tetapi ia bertukar menjadi mimpi buruk,” katanya dari bilik hotelnya di Amritsar, Punjab.
Jurutera itu berkata mereka sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada 21 Mac pada jam 11.20 malam waktu India.
BACA : Maybank Tawar Promosi Tambahan Untuk Tambah-Nilai Hotlink, Digi Dan Xpax
“Tetapi sejak 17 Mac, kami membaca laporan penerbangan ke India dibatalkan bagi membendung penyebaran coronavirus secara global,” katanya.
Beliau berkata, mereka menghubungi kedutaan Malaysia di New Delhi pada 18 Mac dan memberikan butiran peribadi dan nombor penerbangan mereka.
Selepas itu, beliau berkata, mereka tidak mendengar sebarang khabar daripada kedutaan mengenai nasib mereka.
Beliau berkata selepas dibiarkan berteka-teki, mereka pergi ke lapangan terbang antarabangsa di Amritsar pada 19 Mac untuk mendapatkan butiran mengenai penerbangan yang sepatutnya mereka naiki namun diberitahu penerbangan itu dibatalkan berikutan perintah berkurung di Punjab.
Jetinder berkata, mereka mendengar mengenai penerbangan dari Mumbai dan Madras ke Malaysia tetapi “kami akan mengambil masa kira-kira 40 hingga 50 jam untuk sampai ke sana dengan kereta dan kami tidak boleh melakukannya kerana perintah berkurung”.
BACA : Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Secara Automatik Selama 6 Bulan
Beliau berkata mereka pergi semula ke hotel sementara menunggu maklumat mengenai penerbangan. Pada 23 Mac, kakitangan hotel memberitahu mereka premis itu akan ditutup serta-merta berikutan perintah berkurung.
“Kami kemudian dibawa ke hotel lain oleh polis, kira-kira 15 minit memandu.
“Hotel ini tidak terurus dan penuh dengan lipas. Ia berdebu dan kami tidak boleh pergi ke lobi hotel kerana 2 anggota polis ditempatkan di sana untuk memastikan kami tidak meninggalkan premis itu,” katanya.
Jetinder berkata, 4 anak saudaranya berusia 7, 10, 14 dan 16 tahun dan semakin tidak selesa tinggal di dalam bilik tersebut.
Nenek saya berusia 74 tahun. Dia menghidap asma,” katanya.
Bil mereka semakin bertambah kerana perintah berkurung menyebabkan harga melambung tinggi. Bilik mereka yang tidak terurus berharga RM310 sehari dan setiap hidangan makanan berharga RM200 hingga RM250.
“Kami membawa wang yang cukup untuk percutian dan sedikit tambahan. Namun kini makanan dan penginapan sangat mahal. Kami kehabisan wang tunai.
“Kami merayu supaya kerajaan membantu kami pulang ke tanah air dengan selamat secepat mungkin,” tambahnya.
FMT menghubungi Wisma Putra di Kuala Lumpur di mana pegawainya memaklum beliau sudah mengemukakan butiran kepada kedutaan Malaysia di New Delhi.
BACA : Spesifikasi Huawei P40 Dan P40 Pro Tertiris Sepenuhnya
Pegawai terbabit juga mengarahkan keluarga itu segera menghubungi kedutaan Malaysia di India untuk mendapatkan butiran lanjut.
Semalam, Perdana Menteri India Narendra Modi mengumumkan perintah berkurung 21 hari di seluruh negara, yang menyaksikan 1.3 bilion rakyatnya duduk di dalam rumah.
India merekodkan 562 kes Covid-19 dan 11 kematian setakat ini.
Sony Xperia 1 II Menggunakan Dua Sensor Keluaran Samsung
Sony ialah syarikat yang mempunyai pegangan pasaran yang besar dalam penghasilan sensor untuk telefon pintar. Dengan peranti semakin banyak dilengkapi sistem multi lensa, perniagaan sensor mereka antara yang menyumbang kepada keuntungan syarikat. Maka secara logiknya Sony akan menggunakan sensor sendiri pada peranti keluaran mereka.
Tetapi menurut laporan Androidnext yang mempunyai akses awal kepada peranti ini, dua daripada empat kamera Sony Xperia 1 II adalah yang dikeluarkan oleh Samsung. Kamera utama 12MP menggunakan sensor Sony IMX557 dan kamera ultralebar 12MP pula menggunakan sensor IMX363. Sensor Sony IM557 adalah sensor sebesar 1/1.7″ yang setakat ini hanya digunakan oleh Xperia 1 II. Kamera telefotonya pula menggunakan sensor 12MP Samsung ISOCELL S5K3T2 dan sensor kamera swafoto 8MP Samsung S5K4H7.
Mengapa sensor Samsung digunakan tidaklah diketahui tetapi mungkin untuk mengurangkan kos. Yang pasti di dalam dunia teknologi penggunaan komponen dari pesaing bukanlah perkara yang mengejutkan. Samsung turut mengeluarkan skrin untuk Apple. Oppo dan Xiaomi yang kesemuanya adalah pesaing mereka di dalam pasaran yang sama.