Jika dilihat pada statistik kemalangan di negara ini, pengguna motosikal adalah yang paling tinggi direkodkan.KemaIangan maut melibatkan motosikal seolah-olah tiada titik noktah walaupun banyak masa dan usaha diambil untuk cuba memulihkan keadaan.
Jika tidak silap, penunggang dan pembonceng terkorban masih kekal pada ranking teratas jumlah korban nahas jalan raya bagi setiap tahun.
Terlalu memeningkan hingga ada pihak mengemukakan cadangan melarang motosikal masuk ke kawasan bandar atau melupuskan terus motosikal lesen B2.
Mengimbau kembali perbualan bersama Pengurus operasi Luar Negara Kumpulan Givi, Joseph Perucca berhubung isu keselamatan, kemalangan dan lumba haram, beliau pernah berkata, kemalangan motosikal lebih banyak berlaku pada waktu puncak ketika orang ramai keluar dan pulang dari kerja.
Seperkara yang perlu ditekankan ialah hampir 90 peratus kemalangan berlaku kerana sikap pengguna di jalan raya, bukannya jenis kereta atau motosikal.
Bak kata Pakar Psikologi Trafik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Rozmi Ismail, jika memandangnya sebagai isu remeh, ia akan membentuk sikap dalam diri sendiri dan budaya dalam masyarakat.
“Contoh mudah yang dapat dilihat ialah semasa pengguna lain mahu keluar dari simpang tetapi tidak ramai sedia untuk memberi laluan,” jelasnya.
Beliau berpendirian aspek pendidikan menghargai pengguna jalan raya harus dititikberatkan dalam kokurikulum memandu.
Tujuannya untuk melahirkan generasi pemandu atau penunggang yang ada sifat kemanusiaan atau elemen emosi terhadap pengguna lain.
Penganalisis permotoran, Gan Yong Li juga tldak setuju dengan idea mengharamkan motosikal kerana ia tldak munasabah.
“Di Malaysia, ada lebih 16 juta motosikal berdaftar, jadi mustahil untuk dilakukan. Kita perlu ada alternatif lain jika benar-benar mahu menghapuskannya. Contohnya motor elektrik seperti di China.
“Alternatif perlu dijual pada harga mampu milik atau sama seperti harga motosikal.
“Jika tidak, apa akan jadi mereka yang tldak mampu beli kereta,” katanya.
Yong Li juga menyarankan agar kemudahan pengguna roda dua ditingkatkan seperti memperbanyakan lagi lorong motosikal dengan semua ciri keselamatan dipertingkat.
Beliau turut mengingatkan penunggang motosikal agar sama-sama menghorm4ti peraturan jalan raya dan beri tumpuan sepenuhnya semasa tunggangan.
“Untuk kempen yang dianjurkan pengeluar automotif, sejujurnya ia serba sedikit membantu. Cuma, kalau diadakan setahun sekali sahaja itu tldak mencukupi.
“Kempen perlu diadakan dengan lebih kerap oleh pelbagai pihak dan perlu ada sokongan mahupun insentif dari kerajaan kerana membabitkan kos tinggi. Bukannya hanya pada waktu perayaan,” jelas beliau.
Usaha mengurangkan jumlah kematian di jalan raya perlu bermula dari diri pengguna jalan raya. Setiap nyawa di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
Persoalan sama ada idea mengharamkan motosikal ini relevan atau tidak, saya melihatnya sebagai ‘eskapisme’.
Seandainya motosikal sudah diharamkan dan kematian pemandu kereta pula naik mendadak, apa langkah seterusnya? Mengharamkan kereta?
Apapun sikap dari pemanduan sendiri yang menjadikan pemanduan kereta atau motorsikal berjalan dengan lancar atau pun tidak.Kadang kala kemalangan bukan berpunca dari kita , tapi dari orang lain, kita yang menjadi mangsa keadaan.
Sumber: kosmo online.