“Kenapa Lelaki Melayu Panas Tengok Video Saya?”

Posted on

Kecoh gara-gara memuat naik video ‘sweet’ bersama tunang tersayang didalam kereta mewah, Lamborghini, Intan Najuwa diserang oleh warganet dengan kritikan pedas serta dilabel sebagai wanita ‘mata duitan’.

Namun menariknya, tidak lama selepas itu Intan memuat naik kenyataan mempersoalkan mengapa lelaki-lelaki Melayu tidak berpuas hati dan ‘panas bontot’ melihat videonya bersama encik tunang didalam kereta mewah.

Tidak pasti pula andai kenyataan Intan itu sebagai sindirian buat lelaki-lelaki Melayu di luar sana atau hanya sekadar bertanya. Tapi apa yang pasti memang sweet habis video yang dimuat naik Intan, ramai pula yang cemburu!

Bagaimanapun, hasil pemerhatian kami di akaun Instagram pelakon itu, video yang dimuat naik sebentar tadi seakan sudah dipadamkan. Malah kenyataan Intan di Instastory juga sudah tidak kelihatan lagi.

Terdahulu Intan selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kedah. Majlis pertunangan itu juga dilangsungkan dengan mewah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.