Semua sudah maklum akan Uncle Kentang yang sinonim dengan kerja-kerja amal yang dibuatnya setiap hari.
Dari sumbangan beras, makanan, wang saku, ambulan sehinggalah ke van jenazah, semua sudah dia lakukan demi rakyat.
Namun, pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng ini boleh terfikir nak buat bantuan van jenazah, kan?
Hari ini, beliau akhirnya mendedahkan sejarah hidupnya mengapa berbuat demikian.
Mari ikuti perkongsiannya di Facebook seperti di bawah ini.
Mengapa kita bantu mereka yang meninggal. Kerana masa itu kami semua tak mampu belikan ayah keranda.
Mengapa saya orang Cina tapi saya sediakan van jenazah?
Kerana semasa ayah saya mati, kami tak mampu beli keranda.
Jam 3 pagi saya melihat wajah ayah kaku di atas bangku panjang, bangku kayu, ditutup oleh tikar mengkuang. Kami tak mampu urus beliau.
Masa itu saya baru lepas SPM. Nasib baik abang dapat pinjam wang dari Jaya Watch Seapark punya taukeh, arwah Mr. Fong RM2,500.
Tak kiralah siapa susah, mereka boleh pakai van jenazah.
Mengapa pula saya tak beli van mayat untuk bukan Islam?
Tak perlu, kerana saya tak akan boros.
Kerana banyak group Cina buat bisnes mayat, dan India pun ramai buat van mayat. Dari Mercedes hingga ke Vellfire, hingga ke van mewah.
Siap nombor cantik 8888, 6868, 118, 668. Jadi kita leverage kat mereka ini, call Bee Chai, dia akan urus A ke Z.
Call Rajoo dia akan bawa sami dan urus A to Z dan murah.
The Non Muslim can leverage on the funeral parlours, dan yang penting kita hanya jadi driver van jenazah.
Urusan mandi dan pengebumian kita serahkan kepada team kebajikan urus jenazah.
Episod sedih ayah saya, tidak mahu diulangi lagilah. Kita permudahkan semua mereka yang pulang sebelum kita.
Lagipun orang Cina dan India banyak amalan dalam upacara pengebumian.
Dan kita serah balik pada mereka yang pakar agar mendiang dapat dikebumikan dengan sempurna mengikut adat masing-masing..
Sumber: Uncle Kentang