Turki Masukkan Bahasa Malaysia Dan Indonesia Dalam Kurikulum Sekolah. Dunia hari ni gempar apabila kerajaan Turki umum akan masukkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia dalam silibus korikulum sekolah mereka. Ini puncanya yang mengejutkan. Alhamdulillah Allahuakbar. Tolong jangan abaikan artikel ini.
ANTARA BAHASA POPULAR DUNIA
Kerajaan Pemerintah Turki telah memutuskan untuk menambahkan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dalam kurikulum sekolah umum. Dua bahasa yang dituturkan oleh 160 juta orang tersebut akan diajarkan sebagai bahasa asing di sekolah-sekolah.
Pendidikan bahasa asing di sekolah-sekolah yang terbatas pada bahasa-bahasa Eropah, telah meluas ke bahasa-bahasa dari seluruh dunia. Saat ini, siswa dapat memilih dari 19 bahasa, dari bahasa Urdu hingga Korea, dari Cina hingga Parsi.
Alparslan Durmuş, Ketua Jabatan Pendidikan yang bertanggung jawab atas kurikulum mengatakan, kedua bahasa tersebut diucapkan di Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, dan Indonesia dan mereka menganggapnya “strategi” untuk meningkatkan ikatan budaya dan hubungan masa depan dengan negara-negara tersebut.
Manakala Menteri Pendidikan Turki, Prof Dr Ziya Selçuk pula menganggap langkah itu adalah tepat disamping mampu meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan rakyat/pelajar Turki khususnya bagi bahasa melibatkan negara di wilayah Asia Tenggara
(Sumber: Turkinesia)
FAKTA TENTANG BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu (Tulisan Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu.
Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu juga merupakan Bahasa Rasmi Negara di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei
KEHEBATAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu dikatakan memiliki jumlah penutur yang dianggarkan lebih 300 juta orang. Dengan jumlah itu, bahasa Melayu dikatakan menjadi bahasa keempat dalam turutan bahasa terbesar di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.
“Kita mungkin boleh berbangga dengan kedudukan bahasa Melayu berdasarkan jumlah penuturnya itu. Namun, jumlah penutur semata-mata bukan jaminan bahawa bahasa Melayu dapat menjadi bahasa komunikasi bersama masyarakat antarabangsa.”
Banyak faktor lain yang menjadikan suatu bahasa itu sebagai bahasa utama dunia. Menurut Pakar Bahasa Melayu, Asmah Haji Omar, jumlah penutur bukanlah satu-satunya faktor yang memberikan kewibawaan sosial kepada suatu bahasa.
Walaupun bahasa Cina dan bahasa Rusia mempunyai jumlah penutur yang sangat besar, mempunyai khazanah pustaka ilmu yang baik, dan diberi tempat dalam Bangsa-Bangsa Bersatu, tetapi pengaruhnya dalam kehidupan dunia tidak setaraf dengan pengaruh yang ada pada bahasa Inggeris.