Kenapa Yahudi mahukan Al-Aqsa?
Baru 12 jam gencatan senjata diumumkan pada 21 Mei lalu, tentera zionis sudah pun melanggar perjanjian dengan bertindak menyerbu ruang di sekitar Masjid Al-Aqsa dengan melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat.
Just 12 hours after the ceasefire in Gaza began, Israeli police have stormed into the Al Aqsa Mosque compound.
IDF soldiers fired stun grenades and rubber bullets to disperse a group of Palestinians who wanted to walk into Jerusalem’s old city after the Friday Jumah prayers pic.twitter.com/gWXU5O7SPL
— TRT World (@trtworld) May 21, 2021
Israeli security forces were filmed hitting CNN producer Kareem Khader at the Al Aqsa Mosque compound in Jerusalem after Israeli security stormed in following Friday prayers pic.twitter.com/iL9D502gQW
— TRT World (@trtworld) May 21, 2021
Dilaporkan, ianya susulan tidak tahan dengan laungan slogan yang dilaungkan jemaah bagi meraikan kemenangan gencatan senjata antara Hamas dan Israel dengan alasan mahu menyuraikan himpunan jemaah.
Tidak terhenti di situ, ada antara tentera yang naik ke bumbung Masjid Al-Qibli dan mengacukan senapang ke arah orang awam.
Kenapa Yahudi mahukan Al-Aqsa?
Al-Aqsa (Baitulmuqaddis) merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram (Makkah) dan Masjid al-Nabawi (Madinah).
Terletak di puncak bukit Kota Tua Jurusalem, Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam dan namanya diambil bersempena dengan peristiwa Israk dan Mikraj.
Hari ini Kota Lama di Baitulmuqaddis terletak di bawah penguasaan Israel, tetapi masjid kekal di bawah pentadbiran Waqaf Islam Jordan/Palestin yang dipimpin.
Zionis mendakwa kawasan Masjid Al-Aqsa adalah kuil suci Haram as-Syarif (Temple Mount) bagi Orang Yahudi. Temple Mount merupakan mercu tanda bersejarah bagi agama Yahudi.
Menurut kitab mereka, di sinilah dikatakan tempat Nabi Ibrahim hampir mengorbankan anaknya selain daripada di sini jugalah terletaknya Kuil Pertama dan Kuil Kedua tempat nabi-nabi mengajar.
Temple Mount ialah suatu kawasan berbukit sekitar Baitulmaqdis seluas 35 hektar yang merangkumi tembok ratapan dan The Dome of The Rock.
Israel secara terang-terangan pernah mengakui ingin menghancurkan Al-Aqsa bagi membangkitkan semula Temple of Solomon (Kuil Sulaiman) yang diakui ahli kaji sejarah bahawa runtuhannya berada di bawah Masjid Al-Aqsa.
Sejak 1967, Israel memulakan penggalian terowong di bawah Al-Aqsa secara haram dengan tujuan mencari artifak yang boleh mengaitkan dakwaan tapak berkenaan adalah tapak rumah ibadat mereka sehingga membuatkan asas binaan Masjid Al-Aqsa rosak.
Namun sehingga ke hari ini ahli arkeologi tidak menjumpai sebarang bukti melainkan artifak yang kembali ke zaman Rom Timur, Umayyah dan tentera Salib tapi ianya tetap tidak menghentikan mereka.
Sumber: Odisi.my