Hatinya pernah terluka, pernah menangis kerana cinta yang tidak kesampaian, tetapi percaturan takdir itu begitu indah. Dalam kesedihan, hadirnya sinar baru yang akhirnya menemukan dengan cinta sejati.
Umum mengetahui mengenai kisah cinta terdahulu Elfira Loy, namun ramai yang tidak sangka beliau dengan cepat akhirnya bertemu jodoh dengan Faris K Anuar yang kini sudah pun bergelar suaminya yang sah hanya dengan sekali lafaz.
Terbaru, Elfira menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik bait-bait romantis buat suaminya itu.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Elfira dan mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke syurga.
Biasalah pengantin baru, memang perasaan sedang berbunga-bunga. Semoga terus bahagia.